Jumaat, 17 April 2009

Satu Permulaan Dalam Kehidupan


Terasa hebat ujian yang Engkau berikan padaku Ya Rabb...namun aku yakin setiap ujian yang Engkau berikan kepadaku mempunyai rahmat yang tersendiri. Engkau turunkan bala kerana Engkau tidak mahu aku terus hanyut dalam kesesatan dan kekufuran. Engkau menyedarkan aku Ya Rabb...kasih sayangMu terhadapku tidak pernah putus. Hanya aku yang seringkali melupakanMu dan memutuskan kasih sayangku kepadaMu Ya Rabb.

Aku hanyalah hambaMu yang lemah dan amat 'nakal'...ketika Engkau mengujiku dengan kesenangan aku lupa untuk mengucapkan syukur kepadaMu...aku hanyut dalam godaan Iblis...Ya Allah...sesungguhnya aku memohon keampunan dan kasih sayangMu...aku begitu lemah sekali dan hanya kepadaMu sahaja aku bermohon. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya keranaMu Ya Allah.

Ilaahi las tu lil fir daausi ahlaa

Wahai Tuhan...ku tak layak ke syurga Mu

Wa laa aqwaa 'alaan naaril Jahiimi

Namun tak pula aku sanggup  ke neraka Mu

Fahab lii tau ba tau wagh fir zunuu bii

Ampunkan dosaku terimalah taubatku

Fainn naka ghaa firuz zanbil 'aziimi

Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Rabu, 15 April 2009

Bismillahhirahmanirrahim...


Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya kita masih dapat melihat dunia ini, melihat alam sekeliling kita, dapat bergurau dengan anak isteri kita dan bermacam-macam lagi. Tetapi cuba kita fikirkan jika Allah menjemput kita balik secara tiba-tiba? Adakah kita sudah bersedia untuk kembali di sisi Allah? Kesemuanya bergantung kepada amalan kita..jika amalan kita baik jadinya baik dan amalan yang tidak baik kejadiannya pun tidak baik.

Selama 29 tahun saya hidup di dunia ini (juga dengan izin-Nya), telah banyak pengalaman hidup yang telah saya tempuhi...banyak pahit, manis, masam, dan sebagainya. Namun pengalaman pahit lebih banyak dialami. Tetapi natijah daripada pengalaman pahit tersebut telah banyak mematangkan kehidupan diri ini untuk lebih berhati-hati kerana permainan dunia akhir zaman ini semakin hebat dan rakus menyerang setiap jiwa insan di dunia ini. Hanya dengan kekebalan iman sahaja yang dapat menjinakkan 'kejahatan si mata satu itu'.