Isnin, 22 Jun 2009

Dipetik dari blog asal http://nusanaga.blogspot.com

Salam.



Ini adalah kali pertama saya menulis artikel di dalam blogspot. Baiklah, dari pemerhatian saya, dlm banyak2 artikel blog ini, ramai orang bertanya tentang indigo ni dan kaitannya dengan diri mereka. Jadi jenuh laa nak menjawab..

Rasanya, mungkin ramai yang tidak memahami apakah itu Indigo dan lain-lain.
Indigo ini sebenarnya adalah manusia biasa yang di lahirkan dengan ciri-ciri tertentu yang sedikit berbeza dengan orang lain.

Perbezaan inilah yang menyebabkan mereka di buli, di marah, dan sebagainya. Mereka tidak dapat nak meluahkan perasaan mereka kerana apa yang mereka rasa adalah 'beyond wordless'.



Bayangkan jika anak anda mengatakan pada anda bahawa mereka nampak 'orang mati' atau melihat 'malaikat'...Apakah reaksi anda? Sudah tentu anda akan marah pada mereka dan mereka akan diam untuk selamanya.

inilah yang terjadi pada Indigo, rainbow dan crystal. Mereka sukar untuk meluahkan apa yang terbuku pada hati mereka. Dek kerana itu mereka sentiasa mencari jalan untuk meluahkan perasan di hati mereka. Jika mereka tak berjaya, mereka akan cuba hidup sebagaimana manusia biasa tapi mereka akan stress.

Apapun indigo, crystal, rainbow ni apa semua adalah terma pengkaji barat bagi..
tapi kalau kita nak linkkan pada islamiyah..maka kita leh katakan depa ni MUNGKIN para ikhwan.. tapi, ikhwan pula adalah untuk mereka yang 'bersama rasullulah tapi tak pernah melihatnya'. Jadi, apakah bagusnya jika seorang indigo itu mempunyai banyak kelebihan tapi tidak bersandarkan pada fitrah insan, yakni keimanan pada ALLAH?!

Sabda nabi:

Dari Anas r.a dia berkata:Rasullullah saw bersabda:'Aku rindu untuk bertemu dengan Ikhwanku,"Lalu sahabat bertanya ,tidakkah kami ini ikhwanmu?"Sabdanya,"Bukan,kamu adalah sahabatku dan Ikhwanku adalah mereka yg beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."


Dari Omar r.a ia berkata:Rasullullah saw di tanya para Sahabat:"Apakah ada mereka yg beriman kepadamu sedangkan tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu tanpa pernah berjumpa mu?" Sabda Baginda:"Mereka itu adalah Ikhwanku,mereka bersamaku,beruntunglah mereka yg melihatku dan beriman denganku dan beruntung juga mereka yang beriman denganku sedangkan mereka tak pernah melihatku." {diulang 3 kali}


Syaidina Abu Bakar r.a bertanya:"Bukankah kami ini ikhwanmu?"Baginda menjawab :"Bukan wahai Abu Bakar kamu adalah sahabatku,"Baginda menambah lagi:"Ikhwanku itu ialah mereka yang tidak pernah melihatku tetapi mereka beriman dan mencintaiku.Sehingga aku lebih di cintai mereka daripada anak dan ibu-bapa mereka."

Jika di lihat dari sabda nabi ini, anda harus menkaji tokoh-tokoh seperti uwasi, nabi ibrahim dan nabi muhammad sendiri (tidaklah saya mengatakan mereka indigo tetapi ciri itu tetap ada pada tokoh-tokoh/rasul-rasul)

Selain ciri-ciri indigo yang saya berikan pada artikel lepas, para indigo, crystal, rainbow juga akan berfikir tentang (mungkin ada berfikir 24jam 7 hari)

-siapa aku
-kemana aku nak gi..ada misi ke kat dunia ni
-kenapa aku rasa aku lain dari org len
-kenapa aku asyik kena buli / keji / herdik /marah
-kenapa aku asyik berfikir siapa tuhan aku... (perhatikan kisah nabi ibrahim juga)

Jadi, jika anda ada simptom2 ni, anda mungkin antara org yang 'terpanggil' menujuNYA untuk akhir zaman.





Jika dari segi sains pula..para indigo's ini mungkin ada kaitan dgn DNA reawakening. Apakah DNA re-awakening itu?

DNA re-awakening ini ialah DNA yang tak di gunakan (junk DNA) tetiba aktif..baik dari kandungan ibu atau lepas lahir atau ketika dewasa...bila aktif, kehidupan mereka seakan tak seimbang dan tak sama dgn org lain..tapi di sebabkan nak samakan atau selarikan dgn kehidupan manusia lainnya, maka, ramai yang terperangkap atau jadi terus gila. Kerana itu para Indigo (dan sesiapa saja), haruslah mencari guru untuk mengajar mereka dan terus explore kerana potensi diri indigo amat berguna untuk masa depan. (sila klik pada link untuk lebih pemahaman)

Memang ramai yang tak terjaga spiritualnya akan jadi gila isim (sasau mencari jawapan dan menyusahkan orang lain)..jadi gejala indigo ini bukan bersifat biasa2 tapi luar biasa dan semakin merebak. Tapi, jika para indigo ini berjaya menguasai potensi diri dan mencari jawapan-jawapan yang harus mereka jawab, makanya para indigo tadi akan menghampiri gelaran IKHWAN.

apakah benar kaitan indigo ini adalah untuk persiapan akhir zaman?

mungkin benar...kalu di lihat dari segi new age (suatu pemikiran ketuhanan bersifat universal),
2012 mungkin akan terjadi sesuatu dan dimensi 3Dimensi kita akan menjadi 4Dimensi. yakni, ketika itu masa atau jarak bukan lagi masalah.

kalau di lihat dari segi prediction atau hadis2 nabi, ternyata ianya saling berkaitan. Kota2 berada di udara, itulah prediction notradomus. Pemerintahan Mahdi berlangsung selama 40.

Apakah 40 itu? ternyata ianya satu skala ukuran masa tapi mungkin bukan ukuran yang sedia kita tahu seperti jam, hari, minggu atau tahun. Mungkin 40 tu adalah skala ukuran bagi masa berbentuk demensi baru. Hal ni menarik untuk di bincangkan. Siapa yang pandai fizik dan matematik, mungkin boleh berdiskusi di sini.




Jadi, kaitan indigo sebagai ciri manusia akan datang mungkin benar. Gejala indigo ini 'merebak' dan ianya mungkin berkait dengan bermacam-macam info yang sedia kita maklum, seperti DNA re-awakening yang membangkitkan memori nenek moyang (kerana itu mereka mengatakan mereka ini hasil re-incarnation padahal bukan), daya sense yang tinggi sehingga makhluk alam lain boleh berintraksi dengan aman, tahap pemikiran yang luar biasa yang akan membangkitkan teknologi baru yang di luar imiginasi (kebangkitan semula atlantis seperti kata edge cayce?), atau tingkat keimanan yang luar biasa dan tiada kehendak pada alam punca kejayaan di tangan indigo.

Jadi, buat masa ini, jika anda seorang indigo atau bukan, anda harus memahami bahawa masa sekarang bukan masa untuk berkejaran demi dunia. Masa sekarang adalah untuk memahami fitrah kita dan memahami kehendak dunia yang telah kita kotori selama ini. Apa yang utama ialah keamanan.

jadi, apakah kita bersedia untuk masa depan?

5 ulasan:

  1. Apakah kuasa misteri itu? saya sering berasa pelik dengan keadaan sekeliling.

    BalasPadam
  2. bersyukur dapat tgk artikel nih..

    sy mase dari kecik smpi skrang rase pelik.. macam diberi mata untuk melihat dunia.. lihat tingkah laku org.
    tgk alam sekeliling.. tgk cara dunia ditadbir.
    selalu terfikir.. apa nak jadi dgn aku?
    lepas ni nak jadi apa? rase diri ni pelik sgt.

    BalasPadam
  3. Hamba telah isyaratkan sangkakala dan bencana akan turun sebelum peperangan sebenar bermula. Di dlm al qaraana, sangkakala di eja Al Sowaro atau suara dlm bahasa Melayu. Hamba membaca al qaraana di dlm versi asal semasa diturunkan kpd nabi sebelum di baris dan ditandakan oleh org2 arab munafik. http://alya-diyanah.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Salam sila ke Laman Blog baru saya http://menjelang2013.blogspot.com...saya dah tak dapat login...password dah kena tukar kat blog ni...

    Sunan Saifuddin a.k.a Wirawan Islam

    BalasPadam